Tarikh Penting
Pastikan anda tidak terlepas tarikh penting persidangan ini!
Selamat Datang!
Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (RENTAS 2023) merupakan persidangan anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (Wilayah Utara), Universitas Andalas, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar, Jurnal RENTAS: Bahasa, Sastera dan Budaya (UUM), Jurnal Pendeta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Jurnal Issues in Language Studies (UNIMAS) dan Jurnal Arbitrer (Universitas Andalas).
Persidangan ini bakal dilangsungkan selama dua hari secara bersemuka dan dalam talian (online) pada 24 - 25 Oktober 2023.
RENTAS 2023 dilatari tema Penyelidikan Bahasa, Sastera dan Budaya dalam Ruang Keilmuan Kontemporari Merentas Disiplin. Tema utama ini mencakupi enam subtema lain, iaitu:
​
-
Pemartabatan dan Pengantarabangsaan Bahasa, Sastera dan Budaya
-
Sains dan Teknologi dalam Bahasa, Sastera dan Budaya
-
Bahasa, Sastera dan Budaya dari Perspektif Komunikasi dan Media
-
Pengurusan dan Pemasaran Produk Bahasa, Sastera dan Budaya
-
Agama, Falsafah dan Pemikiran Bahasa, Sastera dan Budaya
-
Penyelidikan Bahasa, Sastera dan Budaya dalam Kecaknaan Ekologi
​
Selain perbahasan wacana, idea dan kajian oleh pembentang tempatan dan antarabangsa, RENTAS 2023 turut membariskan tiga tokoh bahasa terkemuka bagi menyampaikan ucaptama persidangan ini.
​
Jumpa anda di RENTAS 2023!